fbpx

Tukang cuci bunuh rakan ke tali gantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUNAVESWARAN (tengah) dihukum gantung sampai mati.

SHAH ALAM – Tindakan seorang tukang cuci membunuh rakannya, tiga tahun lalu mendapat balasan setimpal apabila dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, hari ini.

Hakim Nurulhuda Nur’Aini Mohamad Nor menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, C. Punaveswaran, 30, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

“Mahkamah telah meneliti nota keterangan dan membaca hujahan bertulis difailkan oleh kedua-dua pihak.

“Mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah dan tertuduh didapati bersalah atas pertuduhan,” tegasnya dalam penghakiman, hari ini.

Mengikut pertuduhan, Puvaneswaran didakwa menyebabkan kematian rakannya, G. Ganesh di Jalan Kuala Klawang, Hulu Langat antara pukul 12.30 tengah malam hingga 6.05 pagi pada 24 Julai 2018.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.  -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI