fbpx

Tak muncul dalam TV, Golden Child dianaktirikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GOLDEN CHILD

STESEN televisyen KBS dikecam netizen gara-gara memberi layanan tidak baik terhadap kumpulan Golden Child.

Semuanya gara-gara stesen tersebut sebelum ini memaklumkan bahawa Golden Child akan muncul sebagai antara artis dalam persembahan Online K-pop Compilation Concert.

Konsert yang berlangsung pada 22 Oktober lalu turut menampilkan nama besar dan popular seperti BTS dan IU.

Bagaimanapun, peminat mendapati bahawa persembahan tempoh hari tidak menampilkan Golden Child, sebaliknya kumpulan lain iaitu Stray Kids.

Selepas perubahan jadual berlaku, peminat setia Golden Child menuntut KBS membuat permohonan maaf kerana seperti menganaktirikan kumpulan Golden Child.

Kemarahan peminat membuak-buak sehingga trending tanda pagar #KBSneedtoapologize yang diwujudkan dalam Twitter.

Bukan itu sahaja, peminat bahkan turut mengungkit semula ‘kesalahan’ yang pernah dilakukan stesen tersebut sebelum ini terhadap Golden Child.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI