fbpx

SPRM tidak berkompromi terhadap pegawai terbabit jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad ketika sesi wawancara khas berhubung isu integriti dalam SPRM di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya di sini, hari ini.- FOTO : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan berkompromi dan bertolak ansur terhadap mana-mana pegawainya yang terbabit dalam sebarang salah laku dan jenayah.

Buktinya, 13 orang pegawainya dikenakan tindakan buang kerja bagi tempoh antara 2016 hingga Oktober tahun ini.

Perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Aduan (JKA) SPRM Datuk Ahmad Said menerusi sesi wawancara khas bersama media di sini hari ini.

Ahmad berkata, tindakan itu diambil atas pelbagai kesalahan termasuk salah laku, salah guna kuasa, kecuaian, tidak hadir bertugas dan terbabit dalam aktiviti jenayah.

Beliau berkata, secara keseluruhan, 63 warga SPRM disiasat sepanjang tempoh lima tahun itu dan 13 daripadanya dikenakan tindakan buang kerja manakala, selebihnya pula diberikan amaran dan denda.

“Kes yang dikesan ini membabitkan dua peringkat pegawai iaitu kumpulan pengurusan dan kumpulan pelaksana,” katanya.

Katanya, kes salah laku membabitkan warga SPRM ini masih dianggap rendah jika hendak dibandingkan dengan keseluruhan 2,700 warganya di seluruh negara.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI