fbpx

Sajat mengaku sudah ‘tukar’ semuanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman

PETALING JAYA – Usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat mengakui dirinya adalah seorang ‘transgender’ atau ‘transwomen’ dalam sesi temu ramah di dalam prorgam ‘What’s Going On Malaysia?’ yang dihoskan pelawak tanah air, Harith Iskander semalam.

Malah Sajat mengakui dia tidak akan kembali kepada fitrah asal kerana telah menukar dirinya kepada perempuan.

“‘Everything is change already'(semuanya sudah ditukar),” katanya dalam temu ramah itu semalam.

Tambahnya lagi, Sajat mendakwa dia telah diraba semasa berada di dalam tahanan dan orang ramai pasti tidak akan faham dengan situasi yang sedang dilalui olehnya.

“Orang tak faham apa yang saya lalui dengan bentuk kekerasan, sentuhan, dan mereka juga cuba untuk meraba saya.

“Kalau saya dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun dan saya merupakan seorang ‘transwomen’ yang dah tukar semuanya, mesti saya rasa tidak selamat dalam penjara nanti.

Disebabkan kerana takut akan situasi yang bakal dihadapinya jika didapati bersalah dan Sajat telah memilih untuk melarikan diri sehingga ke Australia.

Terdahulu Kosmo! melaporkan Sajat berasa takut jika didapati bersalah dan ditempatkan di dalam penjara lelaki kerana trauma akan situasi yang pernah dihadapinya sebelum itu. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI