fbpx

Prestasi memberangsangkan, MUIP sedia kembangkan perniagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DATUK AHMAD Hairi Hussain (kanan) diiringi Mustaqim Zain (dua dari kanan) memotong riben sebagai simbolik pelancaran bilik renovasi tingkat dua Hotel Grand Darulmakmur Kuantan di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bersedia memperluaskan lagi bidang perniagaan yang dikendalikan oleh MUIP Holdings Sdn. Bhd. (MUIP Holdings) berdasarkan kepada prestasinya yang memberangsangkan.

Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, Datuk Ahmad Hairi Hussain berkata, antara aspek berpotensi yang boleh dikembangkan ialah dalam bidang peruncitan dengan membuka lebih banyak pasar raya termasuklah di luar negeri Pahang.

“Kalau mencapai standard yang ditetapkan, kita mungkin akan masuk ke bisnes lain, sekarang ini dengan adanya entiti bisnes MUIP Holdings ia mempunyai fokus dan kita akan perluaskan lagi ke langkah seterusnya.

“Contohnya pasar raya, kita ada 10 cawangan, jadi kemungkinan akan pergi ke negeri lain macam Selangor atau Wilayah Persekutuan, kita bukan hendak bersaing tetapi memberi alternatif kepada orang ramai dengan menyediakan pasar raya,” katanya selepas pelancaran bilik renovasi tingkat dua Hotel Grand Darulmakmur Kuantan di sini hari ini,

Menurut Ahmad Hairi, pada masa ini MUIP Holdings mempunyai empat divisyen perniagaan iaitu perhotelan, peruncitan, kesihatan dan perladangan.

Dalam pada itu, Mustaqim berkata, industri perhotelan yang terjejas teruk sebelum ini akibat pandemik Covid-19 mula menampakkan sinar setelah kebenaran rentas negeri bagi individu lengkap vaksinasi dibenarkan.

Katanya, Hotel Grand Darulmakmur Kuantan telah mendapat sambutan menggalakkan apabila kadar penginapan menunjukkan trend peningkatan dengan kadar penginapan melebihi 70 peratus. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI