fbpx

Persidangan Sukan Untuk Semua 2021 mampu beri impak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ti Lian berucap pada majlis perasmian di Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menaruh kepercayaan hasil Persidangan Sukan Untuk Semua 2021 dapat diadaptasikan dalam pelaksanaan program di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Timbalannya, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, persidangan itu juga bakal dijadikan platform perkongsian pengetahuan dalam kalangan pemain industri bagi membangunkan sukan untuk semua di peringkat akar umbi sebagai persiapan dan sokongan kepada sukan prestasi tinggi.

Beliau berkata, perkongsian tersebut membabitkan pemegang taruh sukan, penggiat sukan, penggerak-penggerak sukan dan Pegawai Belia dan Sukan.

“Bukan itu sahaja, persidangan ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan kesedaran tentang pembudayaan sukan dan gaya hidup aktif di kalangan pemegang taruh sukan, pentadbir dan penggerak pembangunan sukan agar ia dapat diadaptasikan dalam pelaksanaan program di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Persidangan Sukan Untuk Semua 2021 yang diadakan secara hibrid di Putrajaya hari ini.

Bersempena persidangan itu, sebanyak lapan kertas pembentangan akan dibentangkan oleh pakar dan penggiat sukan tanah air seperti pakar perubatan tempatan, Prof Datuk Dr. Noordin Darus, Naib Cancelor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Datuk’ Dr. Amin Md Taff, dan Ketua Program Pengurusan Sukan dari MIT World Peace University, Pune, India, Prof. Dr. Ravi Sahu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI