fbpx

Langkah Izzuddin-Sze Fei semakin matang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SZE FEI (kanan) dan Izzuddin tidak sabar untuk menyertai kejohanan Terbuka Perancis di Stadium Pierre de Coubertin, Paris bermula esok sehingga Ahad depan.

BEREGU lelaki negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei menunjukkan corak permainan yang semakin matang ketika menyertai kejohanan badminton Terbuka Denmark di Odense Sports Park minggu lalu.

Gandingan yang berada di ranking ke-26 dunia itu melakar kejutan apabila mara ke separuh akhir sebelum tewas kepada beregu tuan rumah, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen malam kelmarin.

Pada perlawanan yang berlangsung hampir sejam itu, Izzuddin-Sze Fei akur apabila tewas 11-21, 21-19, 21-18 selepas memberikan tentangan sengit selain bangkit daripada ketinggalan jauh dalam set kedua.

Sze Fei berkata, ketika ketinggalan 5-13 pada set kedua, mereka mengubah corak permainan untuk lebih menyerang, sekali gus mengejutkan beregu berpe­ngalaman itu apabila menang 21-19 bagi mengheret perlawanan ke set penentuan.

“Kunci kebangkitan kami pada set kedua adalah kurangkan bermain secara bertahan dan lebih fokus ketika melakukan serangan serta pastikan bulu tangkis masuk ke gelanggang lawan.

“Mereka memiliki penyokong yang ramai di sini tetapi kami tidak terkesan de­ngan sorakan mereka, sebaliknya fokus kami tetap di dalam ge­langgang serta kutip mata demi mata,” katanya sejurus tamat perlawanan.

Selepas ini, mereka dijadualkan menyertai kejohanan Terbuka Perancis yang akan berlangsung di Stadium Pierre de Coubertin, Paris bermula esok sehingga Ahad depan dan Sze Fei tidak sabar untuk meneruskan aksi cemerlang itu.

“Selepas melangkah masuk ke separuh akhir Terbuka Denmark yang merupakan siri Jelajah Dunia Super 1000, kami berjaya dapatkan pengalaman serta lebih keyakinan untuk dibawa ke Terbuka Perancis,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI