fbpx

Kes sembuh kekal lepasi kes harian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 7,414 kes sembuh dilaporkan hari ini, kekal melepasi jangkitan baharu menjadikan jumlah kes sembuh Covid-19 sebanyak 2,334,783 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes harian pula mencatatkan sebanyak 4,782 kes termasuk 15 kes import dengan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 sebanyak 2,436,498 kes.

“Daripada jumlah kes harian hari ini, sebanyak 96 kes (2.0 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 4,686 kes (98.0 peratus) kategori satu dan dua.

“Terdapat 607 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 300 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ujarnya lagi, enam kluster baharu dilaporkan melibatkan tiga kluster tempat kerja serta masing-masing satu kluster komuniti, institusi pendidikan Kementerian Pendidikan dan pendidikan tinggi direkodkan di Johor, Kelantan dan Selangor. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI