PUTRAJAYA – Kes harian turun lagi di bawah angka 5,000 dengan 4,782 kes hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 2,436,498 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow https://t.co/aIQttvCbIP.
“Data setiap hari bagi laman CovidNow adalah dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” katanya pada ciapan Twitter beliau di sini hari ini. – K! ONLINE