fbpx

Kapal kargo ditahan bersauh secara haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal kargo pukal berdaftar di Marshall Islands ditahan selepas disyaki bersauh secara haram di perairan Johor Timur, Kota Tinggi semalam.

KOTA TINGGI – Sebuah kapal kargo pukal berdaftar di Marshall Islands ditahan selepas disyaki bersauh secara haram di perairan Johor Timur pagi semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata kapal kargo itu ditahan pada pukul 11.03 pagi di kedudukan 10 batu nautika timur laut Tanjung Penawar, Johor.

Katanya, kapal yang ditahan menerusi Operasi Jangkar Haram itu dikendalikan seramai 22 orang kru.

“Kesemua kru terdiri dari warga Ukraine, Rusia, Filipina dan Sri Lanka berumur antara 20 hingga 61 tahun dan mempunyai pengenalan diri yang sah.

“Bagaimanapun hasil pemeriksaan lanjut mendapati nakhoda kapal telah gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh daripada Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

“Ekoran itu kapal serta semua kru ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952,”katanya dalam kenyataan hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI