fbpx

Ganabatirau didesak mohon maaf kepada kakitangan JPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ganabatirau di hadapan kunci air Taman Sri Muda yang dikatakan tidak berfungsi semasa kejadian banjir, tiga minggu lalu.

SHAH ALAM – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Cuepacs) mendesak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Kemuning, V. Ganabatirau membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua penjawat awam terutama kakitangan Jabatan Pengairan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor.

Ini susulan tindakan ADUN tersebut yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan, Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin Selangor menengking kakitangan JPS sebelum menularkannya dipercayai susulan masalah banjir di Dewan Undangan Negeri (DUN) diwakili Ganabatirau tersebut.

Presiden Cuepacs, Adnan Mat berkata, tindakan Ganabatirau disifatkan sangat tidak profesional apabila mengeluarkan kata-kata kesat serta suara yang tinggi itu dianggap sangat keterlaluan seolah-olah merendahkan penjawat awam yang sedang bertugas.

Insiden ketika Ganabatirau dikatakan menengking kakitangan JPS.

Katanya, tindakan menularkan video tersebut seolah-olah mahu menunjukkan diri beliau sebagai seorang ‘hero’ dengan meletakkan semua kesalahan kepada penjawat awam tanpa memberi peluang sebarang penjelasan diberikan oleh kakitangan JPS yang terlibat.

“Cuepacs juga mahu Menteri Besar Selangor masuk campur dalam perkara ini supaya tindakan yang sama tidak berulang pada masa akan datang.

“Adalah tidak wajar anggota pentadbiran kerajaan negeri bertindak menyerang penjawat awam kerana ia ibarat menuding jari untuk meletakkan kesalahan pada orang lain, tetapi sebenarnya masalah itu turut melibatkan diri mereka sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan, Ganabatirau sewajarnya menggunakan saluran yang betul dalam menyuarakan pandangan atau masalah dan bukannya membuat serangan secara terbuka di lapangan dan media sosial.

“Setiap penjawat awam telah diberi latihan yang mencukupi untuk berhadapan apa jua keadaan serta memiliki tahap profesionalisma yang tinggi selain mematuhi arahan kerajaan walau parti mana memerintah. Ini kerana keutamaan kakitangan awam adalah melaksanakan tugas sebaik mungkin demi kebaikan rakyat dan negara,” katanya.

Dalam pada itu, Ganabatirau dalam kenyataan menerusi video berdurasi 10 minit 11 saat di laman Facebooknya menjelaskan perbincangan telah dilakukan sebelum ini sejak 2018 lagi dengan JPS telah bersetuju meletakkan sebuah pam berkuasa tinggi di kunci air di Taman Sri Muda.

“Janji mereka 2019 tidak tertunai dengan perlukan pelan dan kajian sebelum melantik kontraktor selepas mendapat peruntukan pada tahun lalu namun juga tidak dilaksanakan dengan lantikan kontraktor dilewatkan.

“Pada bulan Mei tahun ini, ada papan tanda tertera kerja-kerja pemasangan pam pada Julai lalu. Saya telah minta kerja ini dilakukan kenapa tidak buat. Perkara ini telah dibawa ke Mesyuarat Exco, Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), jumpa Pengarah JPS dan hubung mereka banyak kali sudah,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI