fbpx

Dua saudara didakwa bunuh rakan sekampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua saudara didakwa di Mahkamah Majistret Port Dickson di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan sekampung di Pekan Kampung Air Kuning Linggi di sini, dua minggu lalu.

PORT DICKSON – Dua lelaki yang mempunyai hubungan saudara didakwa di Mahkamah Majistret Port Dickson di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan sekampung di Pekan Kampung Air Kuning Linggi di sini, dua minggu lalu.

Tertuduh S.Vickna Raja, 32, yang merupakan peniaga ikan dan R.Kalaichelvam, 45, penternak lembu mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret V.Vanita.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh yang juga tidak dibenarkan diikat jamin.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh secara bersama didapati telah membunuh seorang mekanik, A.Kannan, 44, di sebuah pasar mini di Jalan Linggi Kampung Air Kuning Rantau di sini antara pukul 6.30 petang, 12 Oktober lalu hingga 8 pagi, 13 Oktober lalu.

Sehubungan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, kedua-dua tertuduh yang memakai baju lokap berwarna jingga tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Port Dickson pada pukul 11.15 pagi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fatin Nur Athirah Zainudin manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Paul Krishna Raja. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI