fbpx

Dua pengadil Malaysia ke Hoki Piala Dunia Remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ERIC (kiri) dan Kanabathu terpilih untuk bertugas pada Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2021 di Bhubaneswar, India bulan depan.

KONFEDERASI Hoki Malaysia (KHM) gembira dengan penghormatan diberikan Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) selepas memilih dua pengadil dari Malaysia untuk bertugas pada Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2021 di Bhubaneswar, India bulan depan.

Ilanggo Kanabathu dan Eric Koh antara pengadil bertuah yang dipilih badan induk sukan hoki dunia itu bagi menjalankan tugas pada kejohanan tersebut bermula 24 November hingga 5 Disember nanti.

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil KHM, Ranjit Singh menyatakan pemilihan Kanabathu dan Eric membuktikan Malaysia tidak ketandusan pengadil berkualiti selain mampu menjadi pembakar semangat buat pengadil lain.

“Saya mewakili pihak jawatankuasa amat berbangga kerana ada dua pengadil dari Malaysia akan bertugas pada Piala Dunia Remaja. Diharapkan kejayaan dua pengadil ini menjadi pendorong kepada pengadil-pengadil lain untuk tingkatkan prestasi.

“Pada awalnya, hanya Kanabathu terpilih untuk ke sana, namun selepas pengadil dari Australia menarik diri, FIH ambil keputusan melantik Eric. Ini perkembangan yang baik untuk sukan hoki negara,” katanya.

Tambah beliau, pengalaman yang diperoleh Kanabathu ketika bersama skuad hoki kebangsaan pada Siri Jelajah United Kingdom 2021 baru-baru ini dapat membantu pengadil tersebut di India nanti.

“Sebelum ini, kami hantar Kanabathu bersama skuad senior ke United Kingdom untuk menjadi pengadil di sana. Ia adalah salah satu langkah untuk pastikan beliau bersiap sedia sebelum ke kejohanan sebenar.

“Sementara itu, Eric juga adalah seorang pengadil yang sangat berpengalaman kerana pernah bertugas pada Kejohanan Hoki Piala Dunia Lelaki 2018. Oleh itu, saya anggap kedua-dua pengadil ini sudah bersedia sepenuhnya,” ujar Ranjit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI