PETALING JAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Perangkaan telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) yang baharu untuk mempertingkatkan lagi skop perkongsian dan penggunaan data untuk tujuan pemantauan, analisis dan perumusan dasar
Menurut kenyataan, MoU antara antara dua pihak berkenaan telah ditandatangani pada tahun 2008.
“Persefahaman tersebut bertujuan untuk menggariskan bidang strategik baharu antara kedua-dua agensi seperti penyelidikan dan pembangunan, perundingan teknikal dan khidmat nasihat serta latihan dan pembinaan kapasiti,” katanya.
MoU telah ditandatangani oleh Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd. Yunus dan juga Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin.
Menurut BNM, kerjasama tersebut dijangka menyokong pembangunan pakar bidang di kedua-dua agensi bagi memenuhi keperluan data semasa dan akan datang dengan menerima pakai teknik statistik yang terkini, penerapan sains data dan analitik serta pendekatan inovatif lain.