fbpx

Bayern kukuh di takhta Bundesliga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEWANDOWSKI (tengah) merembat bola sambil cuba dihalang pemain pertahanan Hoffenheim, Stefan Posch (kiri) pada aksi kemenangan Bayern 4-0 di Allianze Arena awal pagi semalam. – AFP

MUNICH – Bayern Munich mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu Bundesliga selepas menewaskan Hoffenheim 4-0 sekali gus kekal dengan perbezaan satu mata berbanding pencabar terdekat, Borussia Dortmund.

Pada aksi tersebut, skuad The Bavaria yang beraksi tanpa kehadiran ketua jurulatih, Julian Nagelsmann kerana positif ­Covid-19 tidak mempunyai masalah untuk mengutip tiga mata penuh hasil ledakan Serge Gnabry, Robert Lewandowski, Eric Choupo-Mouting dan Kingsley Coman.

Pengarah sukan Bayern, Hasan Salihamidzic mengakui barisan pemain mempamerkan prestasi seperti diharapkan selain kebenaran kepada penyokong hadir ke stadium dengan kapasiti penuh melonjakkan lagi semangat pasukan.

“Saya sangat teruja apabila kami dapat kembali beraksi di hadapan penyokong dengan kapasiti penuh buat kali pertama sejak Mac tahun lalu dan sudah tentu ia memberi motivasi tambahan buat pasukan.

“Secara keseluruhan, bukan mudah untuk menewaskan Hoffenheim yang kita tahu memiliki kualiti tersendiri tetapi barisan jurulatih telah membuat perancangan taktikal terbaik dalam memastikan tiga mata dapat diraih sekali gus mengekalkan kedudukan di puncak liga,” katanya.

Sementara itu, Lewandowski turut senada dengan Salihamidzic kerana percaya penyokong telah memainkan peranan besar dalam membantu pasukan beraksi lebih baik berbanding sebelum ini.

“Saya percaya barisan pemain kini lebih bersemangat dalam usaha memburu lebih banyak kejuaraan musim ini dan empat gol ini adalah hadiah buat mereka selepas sekian lama berdepan tekanan ekoran situasi pandemik Covid-19,” kata penyerang antarabangsa Poland itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI