fbpx

Angka kematian turun selepas liputan vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Angka kematian akibat Covid-19 di negara ini semakin menurun disumbangkan oleh liputan vaksin yang tinggi, kata Ketua Data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Dr. Mahesh Appannan.

Menerusi ciapan di laman Twitter, beliau menjawab pertanyaan orang ramai berhubung kadar kematian melibatkan mereka yang sudah lengkap menerima vaksin Covid-19.

“Ramai yang tanya jika vaksinasi betul-betul berkesan, mengapa hampir 50 peratus kematian dalam dua minggu terkini adalah mereka yang sudah lengkap divaksinasi?

“Kita perlu faham kadar vaksinasi di Malaysia kini sudah tinggi bukan sahaja dalam kalangan penduduk dewasa, tetapi penduduk secara keseluruhannya. Oleh itu, apa jua statistik kebanyakan mereka akan didapati sudah lengkap vaksinasi.

“Perbandingan yang lebih baik ialah 22 peratus populasi tidak divaksin manakala daripada kematian, 44 peratus tidak divaksinasi,” katanya di sini hari ini.

Dr. Mahesh menjelaskan, ini menunjukkan ‘over-representation’ iaitu risiko mati lebih tinggi jika menolak vaksin.

Katanya, penilaian VE yang lengkap misalnya kajian RECoVaM oleh ICR-NIH memerlukan kaedah saintifik yang mengawal faktor masa dan lokasi serta pengaruh lain seperti umur dan komorbid.

“Vaksin tidak bermaksud menjadi kebal 100 peratus, namun ia memberi perlindungan yang amat tinggi. Lagipun, usaha memberi dos penggalak atau dos ketiga sedang dipergiat,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI