fbpx

Agensi kerajaan diminta semak peraturan sedia ada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tan Sri Mohd. Zuki Ali

PUTRAJAYA – Semua agensi kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri digesa bertindak lebih proaktif dalam membuat semakan terhadap peraturan sedia ada supaya kekal relevan dan menyokong pertumbuhan produktiviti.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, peraturan yang berkualiti akan menambah baik persekitaran perniagaan seterusnya syarikat-syarikat boleh beroperasi dengan lancar.

Katanya, semua Pengawal Selia amat disarankan untuk membuat semakan terhadap akta dan peraturan yang berkuat kuasa dan ini bertitik tolak dari transformasi minda ke arah penambahbaikan penyampaian peraturan, pematuhan serta memudahcara urusan operasi perniagaan.

“Sebagai jentera pembangunan Keluarga Malaysia, penjawat awam hendaklah mempunyai minda yang terbuka dan positif dalam menerima dan melaksanakan pembaharuan yang membawa kepada kemakmuran negara,” katanya sempena pelancaran kempen terbabit di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI