fbpx

46 kes kematian Covid-19 dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN / RASUL AZLI SAMAD

PUTRAJAYA – Negara merekodkan 46 kes kematian Covid-19, menjadikan jumlah kes kematian di seluruh negara sebanyak 28,400 kes.

Menurut data pada laman web CovidNow, tiada kes kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam.

“Terdapat 12 kes maninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID), menjadikan kes BID sebanyak 5,740 kes,” demikian maklumat pada laman web tersebut.

Kesemua kes kematian dilaporkan di Sarawak (8), Kedah (8), Perak (6), Johor (5), Selangor (4), Terengganu (4), Pulau Pinang (3), Kelantan (2) dan Negeri Sembilan (2) serta tiada kematian di Melaka, Pahang, Perlis, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Terdapat 75,947 kes aktif melibatkan 59,129 kes dikuarantin di rumah, 10,274 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 5,941 kes di hospital, 303 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 300 kes di ICU memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, sebanyak 5,666 kes jangkitan Covid-19 semalam disumbangkan oleh Selangor (1,078 kes), Sarawak (754 kes), Johor (566 kes), Sabah (502 kes), Kelantan (469 kes), Kedah (421 kes), Perak (349 kes), Pulau Pinang (279 kes), Terengganu (277 kes) dan Melaka (262 kes).

Selain itu, Pahang (252 kes), Negeri Sembilan (218 kes), Kuala Lumpur (162 kes), Perlis (40 kes), Putrajaya (30 kes) dan Labuan (tujuh kes). -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI