fbpx

TH sumbang 25 buah van kepada rumah kebajikan seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris (dua dari kanan) menyerahkan replika kunci van tersebut kepada Pengerusi, Pusat Jagaan Nur Murni, Noni @ Noraini Bakiri.

PETALING JAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) akan menyumbangkan sebanyak 25 buah van penumpang ke rumah-rumah kebajikan terpilih di seluruh negara dengan peruntukan sebanyak RM2.5 juta melalui Program Mobiliti 2021.

TH dalam satu kenyataan akhbar berkata, Program Mobiliti TH telah dilancarkan pada tahun 2016 yang bertujuan menyumbang van dwi-fungsi yang boleh digunakan oleh masyarakat setempat sebagai van penumpang atau van jenazah.

“Sejak diperkenalkan, TH telah menyumbang lebih 56 buah kenderaan pelbagai fungsi kepada masjid-masjid terpilih di seluruh negara yang telah memberi manfaat kepada lebih daripada 200 ribu kariah,” katanya di sini hari ini.

Jelasnya, pihak TH akan memperluaskan penerima sumbangan bagi membantu permudahkan urusan pihak-pihak tertentu pada tahun ini.

“Tahun ini, TH memperluaskan penerima sumbangan ini ke rumah dan persatuan kebajikan di seluruh negara seperti rumah anak yatim, rumah orang tua dan rumah untuk orang kelainan upaya (OKU).

“Ia bagi membantu memudahkan mereka bergerak untuk menjalankan aktiviti dan program mereka,” ujarnya.

Dalam pada itu, katanya, pihak TH turut memperuntukkan sebanyak RM18.7 juta bagi melaksanakan program-program lain seperti Program Ehsan, Ikhtiar dan A’fiat.

Sementara itu, TH menyerahkan sumbangan sebuah van bagi kegunaan harian Pusat Jagaan Nur Murni, Batu Kawa, Sarawak hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad, hadir bagi menyerahkan replika kunci van tersebut kepada Pengerusi, Pusat Jagaan Nur Murni, Noni @ Noraini Bakiri, sempena lawatan kerja beliau ke Sarawak buat julung-julung kalinya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI