fbpx

PPM patahkan cubaan seludup petrol bernilai RM67,680

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek (tengah) ditahan ketika melakukan penyeludupan petrol

KUDAT – Taktik membuat penghantaran petrol awal pagi oleh seorang lelaki gagal apabila cubaannya itu berjaya dikesan Pasukan Polis Marin (PPM) di kawasan Marak Parak semalam.

Dalam operasi pukul 1.40 pagi itu, lelaki berusia 30 tahun berkenaan ditahan bersama beberapa tong berisi petrol.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Kudat, Asisten Superintendan Cyril Douglas berkata, kegiatan itu dikesan sewaktu operasi Op Landai Khas yang dijalankan di kawasan terbabit.

“Pasukan operasi PPM menahan sebuah kenderaan pacuan empat roda untuk pemeriksaan ekoran dilihat dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan, kita menemui beberapa tong yang mengandungi petrol bersubsidi dianggarkan bernilai RM67,680. Semua petrol berkenaan dipercayai cuba di seludup ke negara jiran,” katanya menerusi kenyataan hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI