fbpx

Keluarga mohon jangan muat naik gambar jenazah Mamat Khalid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hantaran dimuat naik di Instagram Allahyarham tadi

PETALING JAYA – Ahli keluarga Allahyarham Mamat Khalid memohon jasa baik orang ramai supaya tidak memuat naik gambar jenazah pengarah dan penerbit terkenal tersebut di mana-mana media sosial bagi menjaga sensitiviti mereka.

Peringatan itu dimuatnaik di akaun Instagram Allahyarham.

“Assalamualaikum semua, pihak keluarga abang Mamat Khalid mohon jasa baik anda supaya tidak memuat naik gambar jenazah arwah. Terima kasih,” kata peringatan itu.

Mamat Khalid atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid, 58, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Slim River pada pukul 12.30 tengah malam tadi.

Allahyarham sebelum itu pengsan di restorannya, Sarang Art Hub di Tanjung Malim dan dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

Jenazah Allahyarham yang juga adik kepada kartunis terkenal negara, Datuk Lat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Paloh. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI