fbpx

Kanak-kanak lelaki jatuh sungai ditemui lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba ketika melaksanakan operasi mencari dan menyelamat seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang ditemui lemas pagi tadi selepas terjatuh dari jambatan sungai Tawau Kampung Jawa Lanut petang semalam. Foto: Ihsan Bomba-

TAWAU – Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang terjatuh dari jambatan sungai Tawau Kampung Jawa Lanut petang semalam ditemui lemas hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, mayat Mohd Alif Amuddin ditemui oleh pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau bersama penduduk kampung kira-kira 600 meter dari lokasi mangsa jatuh pada pukul 8.19 pagi.

“Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Susulan penemuan mangsa, operasi ditamatkan pada pukul 8.30 pagi,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dalam kejadian semalam, seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh di sungai jambatan sungai Tawau Kampung Jawa Lanut.

Pasukan bomba yang menerima panggilan kecemasan kemudian bergegas ke lokasi untuk gerakan mencari dan menyelamat. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI