fbpx

Hidup dengan norma baharu demi masa hadapan lestari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham.

PETALING JAYA – Orang ramai diminta untuk tidak mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) dan hidup dalam norma baharu bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah (DG Hisham) berkata, demi masa hadapan yang lestari orang ramai diminta untuk hidup dalam norma baharu di samping mengekalkan aktiviti sosial dan ekonomi.

“Sila terus mengamalkan gaya hidup baharu dan norma baharu. Jangan abaikan SOP yang telah ditetapkan.

“Norma baharu ini adalah harapan kita untuk ‘masa hadapan baharu’ yang lestari. Kita perlu mengurangkan risiko dan meminimumkan penularan wabak Covid-19 di samping mengekalkan aktiviti sosial dan ekonomi,” ciapnya di Twitter sebentar tadi.

Antara SOP digariskan ketika fasa endemik

Tambahnya, orang ramai juga dinasihatkan untuk mengamalkan beberapa langkah bagi mengelakkan risiko dijangkiti.

“Duduk sahaja di rumah jika tiada urusan penting di luar, menangani pengudaraan ruang untuk menjadikannya lebih selamat, tutup mulut dengan tangan ketika batuk serta mencuci tangan sentiasa.

“Selain itu, elakkan berada di tempat sesak, elakkan tempat tertutup dan jauhi kontak rapat,” ujarnya.

Semalam, Kosmo! melaporkan, kes harian Covid-19 di negara ini sebanyak 5,828 kes, menjadikan kumulatif kes positif Covid-19 berjumlah 2,426,050 kes dengan dua kluster baharu dikenal pasti, melibatkan kluster tempat kerja yang dilaporkan di Johor dan Sabah, menyumbang kepada 29 kes positif Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI