PETALING JAYA – Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berbincang dan saling bertukar pandangan berkenaan isu dalam dan luar negara pada satu pertemuan di antara mereka hari ini.
Menerusi satu hantaran di laman Twitter milik Presiden Pas itu, beliau berkata, dia berbesar hati menerima kunjungan Perdana Menteri.
“Saya berbesar hati menerima kunjungan Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri hari ini, berbincang dan bertukar pandangan mengenai hal-hal negara dan isu antarabangsa.
“Semoga YAB terus dikurniakan kekuatan dan ketabahan untuk terus mentadbir demi kemashlahatan rakyat dan negara,” ciapnya di Twitter hari ini. – K! ONLINE