fbpx

Dos penggalak mampu beri perlindungan paling optimum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan dos penggalak dan dos tambahan adalah berbeza tetapi daripada kategori yang sama iaitu dos ketiga.

Katanya, pemberian dos penggalak menggunakan vaksin Corminaty keluaran Pfizer bermula 13 Oktober lalu.

Ujarnya, setakat 19 Oktober lalu, seramai 47,729 orang telah menerima dos penggalak yang terdiri daripada petugas barisan hadapan (kesihatan dan keselamatan), warga emas dan golongan komorbid yang mana kesemua mereka telah lengkap dos vaksin Pfizer sekurang-kurang enam bulan lalu.

“Bermula 22 Oktober lalu, pemberian dos penggalak diperluaskan kepada warga emas yang telah lengkap dua dos vaksin Sinovac sekurang-kurangnya tiga bulan lalu.

“Malah, penggunaan vaksin campuran ini telah pun diguna di beberapa negara lain dan sebelum kaedah vaksin campuran ini dimulakan, jawatankuasa kecil di bawah Jawantakuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) telah membuat penilaian,” katanya kenyataan tersebut hari ini.

Menurutnya, bagi dos penggalak, semua pengeluar vaksin perlu menghantar permohonan baharu kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk penilaian terutama aspek keselamatan dan keberkesanan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI