fbpx

Arsenal pamer sifat sebenar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROWE menampilkan aksi cemerlang selepas meledak satu gol ketika membantu Arsenal menewaskan Aston Villa 3-1 pada aksi EPL di Stadium Emirates awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta berbangga dengan pasukannya sambil menyifatkan The Gunners telah mempamerkan sifat sebenar mereka ketika berjaya membenam Aston Villa 3-1 pada aksi Liga Perdana Ing­geris (EPL) awal pagi semalam.

Hasil kemenangan tersebut, Arsenal kini mendaki tangga ke­sembilan saingan liga dengan 14 mata selepas mencatat enam kemenangan tanpa tewas.

Pada saingan tersebut, Emile Smith Rowe mempamerkan persembahan cukup memukau selepas pemain muda itu menyinar apabila meledak gol pada babak kedua perlawanan.

Tandukan Thomas Partey memberikan jaringan pembukaan Arsenal menerusi sepakan sudut Smith Rowe diikuti gol ke­dua Pierre-Emerick Aubameyang sebelum rehat separuh masa.

“Pada perlawanan tersebut, pasukan melakukan serangan dengan begitu agresif dan kami memenangi setiap pertarungan. Mereka sangat kreatif dan saya sangat bangga dengan apa yang dipamerkan mereka pada hari ini.

“Inilah strategi permainan yang harus mereka tonjolkan. Bila anda dalam keadaan baik sekali gus mampu beraksi de­ngan matlamat sebenar.

“Mereka mampu meletakkan komitmen tinggi termasuk mempunyai idea yang jelas untuk melakukan serangan. Pada perlawanan itu, pemain membantu antara satu sama lain dan lebih bersatu padu sebagai satu pasukan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI