fbpx

193 warga Indonesia diusir pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 193 warganegara Indonesia dihantar pulang ke negara asal melalui jalan laut kelmarin. -Foto: Ihsan Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau-

TAWAU – Seramai 193 warganegara Indonesia yang menjalani hukuman undang-undang atas pelbagai kesalahan dihantar pulang ke negara asal melalui jalan laut kelmarin.

Semua yang dihantar pulang terdiri dari 144 lelaki, 40 wanita dan sembilan kanak-kanak yang kebanyakkannya adalah pendatang tanpa izin (PATI).

Ketua Perwakilan Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau, Heni Hamidah berkata, semua warganya dihantar pulang menggunakan dua feri dari Jeti Feri Penumpang (JFP) Tawau ke Pelabuhan Tunon Taka, Nunukan, Kalimantan Utara, Indonesia.

“Kita mengambil inisiatif ini untuk membantu mereka pulang ke kampung halaman masing-masing.

“Mereka ialah tahanan yang baharu selesai menjalani hukuman undang-undang kerana pelbagai kesalahan.

“Semua individu ini juga sudah melengkapkan suntikan vaksin selain menjalani ujian saringan Covid-19 dan disahkan negatif sebelum disahkan layak untuk dihantar pulang,” katanya menerusi kenyataan media hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI