fbpx

Warga pendidik perlu bijak adaptasi diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Warga pendidik perlu bijak mengapdatasi diri bagi memastikan perkembangan pendidikan sentiasa berada di landasan yang betul dan semakin relevan dengan kehendak semasa.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datin Seri Nor Zamani Abdol Hamid berkata, situasi pandemik Covid-19 yang melanda dunia dan negara menuntut untuk sentiasa berfikiran kreatif dan proaktif agar tidak mudah mengalah dengan keadaan yang berlaku.

“Sehubungan itu, kita seharusnya melangkah sederap bagi memastikan segala apa yang telah dirancang dapat disempurnakan serta disesuaikan dengan situasi pengajaran dan pembelajaran di rumah.

Nor Zamani ketika berucap pada perasmian penutup Konvensyen Pendidikan Putrajaya 2021 secara maya di sini hari ini.

“Usaha ini dapat dijelmakan dari semasa ke semasa melalui penggabung jalinan aplikasi yang menekankan aspek penglibatan murid secara aktif dan menyeluruh selari dengan aspek 4.6 iaitu murid sebagai pembelajar aktif dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2),” katanya berucap pada perasmian penutup Konvensyen Pendidikan Putrajaya 2021 secara maya, di sini hari ini.

Konvensyen tersebut bertemakan Perkongsian Amalan Terbaik Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) serta dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Dalam pada itu, Nor Zamani berkata, amalan terbaik dihasilkan oleh guru seharusnya dapat dimanfaatkan secara optimum dengan menyebar luas dalam pelbagai medium dan aplikasi.

“Justeru, usaha Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya mengadakan konvensyen ini sangat signifikan untuk guru berkongsi segala bentuk pengetahuan, kemahiran, penyelidikan, dapatan dan inovasi yang akhirnya bukan sahaja memberi manfaat kepada murid bahkan kepada dunia pendidikan secara umumnya,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau memuji penganjuran konvensyen tersebut yang telah mendapat kerjasama dan sokongan padu daripada Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI