fbpx

Wanita lahirkan bayi seberat 6.3 kg selepas 19 kali gugur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Finley lahir dengan berat 6.3 kilogram. - Pixabay

PHOENIX, ARIZONA – Seorang ibu dari Amerika Syarikat yang pernah mengalami keguguran sebanyak 19 kali selamat melahirkan seorang bayi seberat 6.3 kilogram (kg), lapor laman berita Suara.com semalam.

Bayi yang dilahirkan dua minggu lebih awal berbanding tarikh jangkaan itu turut memiliki ketinggian sepanjang 60.3 sentimeter.

Saiz bayi yang diberi nama Finley itu amat besar sehingga mengejutkan wanita tersebut dan suaminya.

“Saya tidak pernah melihat bayi sebesar itu,” kata wanita berkenaan, Cary Patonai.

Kelahiran bayi yang besar lazimnya dikaitkan dengan ibu yang mengalami obesiti atau peningkatan berat badan berlebihan ketika hamil.

Menurut doktor, bayi yang besar juga lebih berisiko menghidap obesiti atau gangguan metabolisme.

Namun, Finley lahir dalam keadaan sihat dan menurut doktor, sazinya itu mungkin berpunca daripada keturunan.

Biarpun baru berusia dua minggu, Finley kini memakai pakaian bayi berusia enam hingga lapan bulan malah meminum susu dua kali ganda lebih banyak berbanding bayi lain seusianya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI