fbpx

Wanita disuruh tinggalkan teman lelaki kerana terlalu gemuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita itu mengakui saiz badan teman lelakinya yang terlalu besar telah menjejaskan hubungan intim mereka. - Shutterstock

LONDON – Seorang wanita yang menjalin hubungan cinta dengan seorang lelaki yang ‘bijak dan baik’ dinasihatkan orang ramai untuk meninggalkan lelaki tersebut kerana memiliki berat badan yang berlebihan, lapor portal berita MailOnline semalam.

Wanita tersebut mengakui bahawa saiz badan teman lelakinya yang terlalu besar telah menjejaskan hubungan intim mereka.

Pendedahan itu dibuat menerusi sebuah laman perbincangan, Mumsnet dengan memberitahu bahawa dia mengimpikan untuk menjadi seorang ibu.

Bagaimanapun, berat badan teman lelakinya yang berlebihan membuatkan mereka sukar untuk melakukan hubungan intim.

“Saya menganggap teman lelaki sebagai seorang yang sangat kacak dan langsung tidak menghina saiz badannya kerana saya juga pernah berdepan masalah berat badan,” kata wanita itu.

Orang ramai kemudiannya memberikan pendapat dengan ada yang menyuruh wanita tersebut meninggalkan teman lelakinya memandangkan dia mengimpikan untuk menjadi seorang ibu.

Bagaimanapun, ada juga dalam kalangan pengguna yang menyatakan bahawa berat badan tidak seharusnya menjadi penghalang dalam hubungan mereka.

Beberapa individu menasihati wanita yang sedang dalam dilema itu untuk memberi masa terhadap hubungan mereka dengan menyatakan bahawa masalah berat badan bukanlah sesuatu yang berkekalan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI