fbpx

Undi18: Selangor akan pinda undang-undang tubuh negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Khairudin meninjau program Jelajah Selangor Bekerja 2021 di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, dekat sini hari ini.

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan meminda undang-undang tubuh negeri bagi membolehkan belia berusia 18 tahun mengundi pada pilihan raya akan datang.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Belia dan Sukan serta Insan negeri, Mohd. Khairuddin Othman berkata, pindaan itu dijangka dibuat pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada hujung bulan depan.

“Pada sidang yang turut membentangkan Belanjawan Selangor itu, kita akan fokus kepada Undi18 yang berkaitan undang-undang tubuh negeri.

“Selain itu, ia melibatkan Enakmen Majlis Penggerak Belia Selangor (PeBS) untuk meletakkan persatuan belia negeri ini ditadbir bawah satu pergerakan,” katanya selepas meninjau program Jelajah Selangor Bekerja 2021 di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan lima negeri didapati belum membuat pindaan kepada Perlembagaan Negeri atau Undang- Undang Tubuh Kerajaan Negeri untuk membolehkan warganegara berusia 18 tahun mengundi mahupun menjadi calon DUN dalam pilihan raya.

Dalam pada itu, Mohd. Khairuddin berkata, peruntukan yang diperoleh buat masa ini sudah memadai bagi menggerakkan program dan perancangan pembangunan sukan di Selangor.

“Kita akan terus memberi fokus dan menggunakan peruntukan sedia ada bagi membuat penambahbaikan dari masa ke semasa.

“Bagi Sukma 2022 di Johor, kita juga akan menghantar wakil kerana temasya itu akan diteruskan seperti dinyatakan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebelum ini,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI