fbpx

Ronaldo bakal jadi punca kejatuhan United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO didakwa punca kejatuhan United musim ini selain tidak sesuai dengan taktikal pengurus The Red Devils, Solskjaer. – AGENSI

MANCHESTER – Bintang Manchester United, Cristiano Ronal­do didakwa mampu menjadi punca kejatuhan Manchester United musim ini.

Bekas penyerang Aston Villa, Gabriel Agbonlahor membuat kenyataan berani apabila mene­gaskan Ronaldo, 36, tidak sepatutnya berada dalam kesebelasan utama United.

Agbonlahor yang sudah ­beraksi 11 musim dalam Liga ­Perdana Inggeris (EPL) menyifatkan ­taktikal pengurus The Red Devils, Ole Gunnar Solskjaer juga tidak sesuai dengan gaya permainan pemenang lima Ballon d’Or itu.

“Mungkin orang lupa bahawa Ronaldo bermain teruk dengan Juventus musim lalu walaupun sekarang dia bermain baik bersama United. Lagipun gol-gol dijaringkannya musim ini lebih kepada nasib sahaja.

“United ada ramai pemain yang dilihat lebih sesuai dengan gaya dan taktikal permainan Solskjaer. Namun, masalahnya beliau (Solskjaer) perlu juga me­nurunkan Ronaldo dalam kese­belasan utama.

“Bagi saya, dia (Ronaldo) akan menjadi kejatuhan United. Pembelian Ronaldo lebih kepada mengambil hati peminat kerana dia pada awalnya sudahpun berunding dengan Manchester City,” katanya.

Ronaldo ketika ini mendapat banyak kritikan walaupun se­ring menjadi penyelamat United termasuk ketika meledak gol ­kemenangan 3-2 ke atas Atalanta pada aksi Liga Juara-Juara kelmarin.

Tumpuan pastinya sekali lagi terarah kepada Ronaldo sama ada dia berjaya membantu The Red Devils menumbangkan musuh tradisi, Liverpool untuk aksi liga di Stadium Old Trafford malam esok. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI