fbpx

Peluang Kedua Nabila raih 2x Anugerah Platinum, lebih RM400,000 penstriman  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NABILA RAZALI menganggap 2X Anugerah Platinum ini sebaga pencapaian terbaik dalam sejarah karier muzik ini setakat ini.

PETALING JAYA – Lebih setahun dilancarkan lagu Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya meraih 2x Platinum Award iaitu hasil melebihi RM400,000 menerusi semua platform penstriman digital dan YouTube.  

Nabila meluahkan rasa syukur dan menganggap kejayaan tersebut sebagai satu pencapaian terbaik buat dirinya dan segala penat lelah dalam mempromosikan lagu tersebut berbaloi.  

“Alhamdulillah ini merupakan pencapaian terbaik saya buat masa ini. Penat lelah kami satu pasukan berbaloi dengan penjualan lagu ini.  Saya juga tak sangka lagu Peluang Kedua ini dapat sambutan yang sangat menggalakkan sejak dilancarkan.  

“Saya berharap peminat akan terus menyokong lagu baru saya yang akan keluar tidak lama lagi,” katanya. 

Lagu ciptaan oleh Hael Husaini dan MFMF itu meraih 2x Platinum Award kerana memenuhi kriteria berjaya mendapat hasil sehingga RM400,000. Syarat untuk mendapat Platinum Award, lagu tersebut haruslah meraih hasil sebanyak RM200,000. 

Dalam pada itu, Nabila berkata, faktor utama kejayaan itu pastinya disebabkan lagu ciptaan Hael Husaini dan MFMF itu sendiri merupakan produk yang bagus dan berkualiti. Sebagai artis, dia juga sentisa memastikan lagu yang dinyanyikan itu dipromosi sebaik mungkin dan disukai oleh pendengar. 

“Bagi Bella, setiap produk yang dikeluarkan itu haruslah berkualiti dan bukan syok sendiri supaya hasilnya bukan kita sahaja suka, tetapi peminat juga suka dan boleh relate dengan lagu tersebut. Ini merupakan satu faktor yang sangat penting tentang kejayaan lagu Peluang Kedua dan semua lagu-lagu yang bakal dikeluarkan oleh Bella,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Nabila bakal melancarkan lagu baharu tidak lama lagi. Seperti Peluang Kedua, dia berharap agar lagu berkenaan juga mendapat sambutan hangat pendengar muzik Malaysia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI