SEBERANG PERAI – Mayat seorang bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan ditemui di dalam sebuah tong sampah berdekatan Flat Taman Bagan, Butterworth, di sini hari ini.
Mayat berkenaan ditemui oleh seorang wakil Kawasan Rukun Tetangga (KRT) kira-kira pukul 9.30 pagi sebelum menghubungi pihak berkuasa.
Ia dikatakan ditemui semasa lelaki tersebut bersama dua lelaki warga asing sedang melakukan kerja-kerja pembersihan dan mengutip sampah di kawasan itu.
Difahamkan bayi tersebut dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan berbalut sehelai kain putih di dalam plastik sebelum disahkan meninggal dunia.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. – K! ONLINE