fbpx

Malapetaka buat The Reds Januari depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH (kanan) dan Mane bakal terlepas lapan perlawanan bersama Liverpool susulan perlu mewakili negara masing-masing pada saingan Piala Afcon bermula Januari depan. – AGENSI

LIVERPOOL – Liverpool berdepan risiko kehilangan ­khidmat dua penyerang sensasi pasukan itu, Mohamed Salah dan Sadio Mane melibatkan lapan perlawanan sebaik saingan Piala Negara-Negara Afrika (Afcon) membuka tirainya pada Januari depan.

Berdasarkan peraturan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), semua pasukan perlu melepaskan pemain-pemain bermula 27 Disember sehingga tamat saingan Afcon pada 6 Februari depan.

Ia bermakna Salah, Mane dan seorang lagi pemain dari Guinea, Naby Keita bakal terlepas lapan perlawanan termasuk dua pertembungan sukar menentang Chelsea dan Leicester City.

Bagaimanapun, pengurus The Reds, Jurgen Klopp berharap dapat memujuk ketiga-tiga negara iaitu Mesir, Senegal dan Guinea dapat membenarkan Salah, Mane serta Keita menyertai mereka pada Januari, bukannya hujung Disember.

Ia bagi membolehkan mereka bertiga dapat beraksi menentang Chelsea di Stamford Bridge pada 2 Januari.

“Saya suka pertandingan antarabangsa tetapi Piala Negara-Negara Afrika dijadualkan berlangsung pada Januari depan. Bagi kami, ia satu malapetaka.

“Kami tiada kuasa untuk menghalangnya tetapi sekiranya kami mencuba, kemungkinan mereka bertiga akan digantung oleh negara masing-masing,” kata Klopp.

Bukan sahaja Liverpool, beberapa pasukan EPL lain turut menerima tempias sama seperti Arsenal yang bakal kehilangan empat pemain seperti Nicolas Pepe (Ivory Coast), Pierre-­Emerick Aubameyang (Gabon), Mohamed Elneny (Mesir) dan Thomas Partey (Ghana). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI