fbpx

Darryn Binder ganti tempat Valentino Rossi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGARAH Urusan Yamaha Motor Racing, Lin Jarvis (kanan) berjabat tangan dengan Darryn yang akan menggantikan Rossi bersama pasukan Yamaha WithU RNF Racing Team musim depan. – YAMAHA

LONDON – Pelumba Afrika Selatan, Darryn Binder akan menggantikan tempat Valentino Rossi bersama pasukan Yamaha WithU RNF Racing Team pada musim depan.

Seperti yang diketahui, Rossi membuat keputusan bersara pada penghujung musim ini dan dikatakan akan memberi tum­puan untuk menguruskan semua pasukannya yang bersaing di pentas Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) dalam kelas Moto3, Moto2 dan MotoGP.

Darryn yang kini bersaing dalam kelas Moto3 bersama Petronas Sprinta Racing akan menjadi pelumba kedua selepas Jack Miller ‘melompat’ terus bersaing ke kelas utama pada musim depan.

Adik kepada pelumba Red Bull KTM, Brad Binder itu mengakui teruja dengan peluang yang diberikan kepadanya untuk bersama pasukan satelit baharu itu pada musim 2022 nanti.

“Saya sangat berterima kasih ke atas pasukan yang memberikan peluang kepada saya untuk berada di kelas utama MotoGP. Ini adalah impian saya dari kecil untuk menunggang jentera MotoGP dan bukan semua orang mendapat peluang seperti ini.

“Saya tidak jangka bersaing dari Moto3 ke MotoGP. Saya sangat teruja dan saya bersedia untuk sekuat yang boleh bermula pada akhir tahun ini sejurus saya mendapat pengalaman menunggang jentera M1.

“Saya rasa agak lama bersaing dalam kelas Moto3 dan ukuran saya juga lebih sesuai untuk jentera yang lebih besar. Saya harap mampu lakukan terbaik ketika memulakan perjalanan pertama di kelas MotoGP,” kata pelumba berusia 23 tahun itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI