fbpx

Banjir Sepang reda, tiga pusat pemindahan ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEPANG – Tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mukim Dengkil yang sebelum ini dibuka bagi menempatkan mangsa banjir, ditutup hari ini susulan keadaan kembali reda di kawasan tersebut.

Pegawai Daerah Sepang, Khairi Azali Ibrahim berkata, tiga PPS itu melibatkan Dewan Orang Ramai Taman Gemilang, Sekolah Agama Rendah Agama (SRA) Dengkil dan SRA Kampung Dato Ahmad Razali.

“Dah reda (keadaan banjir). PPS mukim Dengkil semua tutup,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, banjir kilat pada Rabu lalu di daerah ini menyebabkan 11 kawasan dalam mukim Dengkil dan Labu terjejas.

Antara kawasan mukim Dengkil yang terjejas ialah Kampung Sri Tanjong, Kampung Chemperai, PPRT Ampar Tenang, CCVC Kota Warisan, Kampung OA Bukit Tampoi (Seberang), Kampung OA Sungai Melut dan Kampung OA But.28 Jenderam Hilir.

Seterusnya mukim Labu pula melibatkan empat kampung iaitu Kampungg Chincang, Kampung Salak Tinggi, Kampung Giching, Taman Dataran Abadi dan Kampung Labu Lanjut.

Tambah beliau, setakat pukul 3.50 petang hari ini, terdapat 45 mangsa daripada 14 keluarga masih ditempatkan di PPS Kampung Giching di dalam mukim Labu. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI