fbpx

Kereta nyaris rempuh batu besar tergolek dari bukit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Batu besar tergolek dari atas bukit di Jalan Tun Sardon menuju ke Jalan Paya Terubong di George Town kira-kira pukul 2 petang tadi.

GEORGE TOWN – Pengguna jalan raya dari arah Jalan Tun Sardon ke Jalan Paya Terubong di sini nyaris merempuh batu besar yang tergolek dari atas bukit dan menghalang laluan hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 2 petang itu bagaimanapun dilaporkan tidak melibatkan sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa.

Seorang pengguna jalan raya yang hanya mahu dikenali sebagai Fauzan, 36, berkata, dia terkejut sebaik mendapati satu objek besar terjatuh dari atas bukit ketika melalui kawasan itu.

“Kejadian berlaku terlalu pantas dan mujur saya sempat memberhentikan kereta kurang beberapa meter sebelum menghampirinya, mujur juga tiada kenderaan lain yang berada berhampiran lokasi kejadian tadi.

“Saiz batu agak besar dan lebarnya penuh satu laluan menghala ke Jalan Paya Terubong,” ujarnya di sini sebentar tadi.

Ketika ini, kerja-kerja mengalihkan batu sedang djalankan oleh pihak berkuasa menggunakan jentolak dan kesesakan jalan raya turut dilaporkan berlaku di kedua-dua arah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI