fbpx

SOP kemasukan pekerja asing diluluskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 hari ini telah bersetuju dengan cadangan prosedur operasi standard (SOP) kemasukan pekerja asing ke Malaysia khususnya bagi memenuhi keperluan sektor perladangan seperti yang dibentangkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, SOP-SOP itu akan dikuatkuasakan kepada semua sektor yang ditetapkan dan diluluskan secara case-by-case basis oleh Jawatankuasa Pekerja Asing yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia.

“Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik hari juga telah meluluskan SOP kemasukan pekerja asing ke negara ini.

“Sementara itu, kuota dan tarikh kemasukan pekerja asing bagi sektor pekerjaan yang lain adalah tertakluk kepada keputusan Mesyuarat Bersama Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, SOP kemasukan pekerja asing itu termasuk telah menerima vaksinasi lengkap di negara sumber (diperakui oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO)), melakukan ujian saringan menggunakan RT-PCR 72 jam sebelum meninggalkan negara asal.

Selain itu, pekerja asing juga perlu mengemukakan sijil vaksinasi dan mematuhi tempoh kuarantin seperti yang diselaraskan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) iaitu selama tujuh hari. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI