fbpx

SelVAX Remaja bermula Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin.

SHAH ALAM – Program Vaksin Selangor (SelVAX) bagi individu berusia 12 tahun ke atas akan dimulakan Ahad ini dengan setakat ini melibatkan penyertaan seramai 3,416 orang.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ini merupakan inisiatif kerajaan negeri dalam mempercepatkan vaksinasi remaja serta membantu melancarkan proses pembukaan institusi pendidikan di negeri Selangor.

Katanya, dari segi pecahan ketika ini melibatkan 1,235 pelajar dari Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS), Sekolah Rendah Agama Islam Integrasi (1,181) serta 1,000 pelajar dari 50 buah Maahad Tahfiz di Selangor.

SelVAX Remaja akan bermula di dewan Serbaguna MPK Pandamaran Jaya, Klang selain beberapa lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) antaranya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang, Tanjung Sepat, Bukit Lanjan, Pandamaran dan lain-lain yang akan beroperasi bermula pukul 9 pagi sehingga 5 petang.

“Program ini akan menggunapakai kaedah pra-pendaftaran melalui kod baucer di aplikasi SELangkah sebagaimana yang telah dilaksanakan sebelum ini.

“Bagi melancarkan proses pemberian vaksinasi, pihak sekolah akan diberikan kod baucer khusus yang membolehkan para pelajar melakukan pendaftaran kendiri di aplikasi SELangkah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, pihak sekolah juga akan dibekalkan dengan borang persetujuan vaksinasi yang akan diisi oleh ibu bapa bagi para pelajar yang terlibat sebelum suntikan diberikan.

Ujar Amirudin, pihak Selcare akan turut membantu proses pendaftaran pelajar yang tidak mempunyai telefon bimbit atau tidak mempunyai akses kepada aplikasi SELangkah.

“Selain melibatkan pelajar sekolah, program ini turut dibuka bagi pendaftaran kepada remaja yang tidak bersekolah, warganegara dan bukan warganegara yang masih belum menerima temujanji vaksinasi dos pertama dan penerima vaksin SelVax yang terlepas temujanji dos kedua,” jelasnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, program SelVax Komuniti akan diteruskan di klinik-klinik Selcare bermula 28 depan dan klinik panel di seluruh Selangor bermula 1 November ini bagi memastikan tiada warga Selangor tercicir daripada program vaksinasi. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI