fbpx

Sah, Fizo Omar dah tamatkan zaman duda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DENGAN sekali lafaz, Fizo Omar kini selamat bernikah dengan wanita berasal dari Kuching, Sarawak, pukul 10 pagi semalam.

PETALING JAYA – Bukan malam tadi seperti sebagaimana yang ditebak netizen, pelakon Fizo Omar sebenarnya telah sah bergelar suami kepada gadis Fazeera Nazri Azrai dalam satu majlis akad nikah yang dijalankan secara tertutup sekitar pukul 10 pagi, semalam.

Menurut pengurus kepada Fizo yang dikenali sebagai Mimi ketika dihubungi Kosmo! Online memberitahu, majlis pernikahan antara Fizo dengan gadis kelahiran Kuching, Sarawak itu berlangsung sebuah pusat peranginan, Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang dan hanya dihadiri keluarga terdekat.

“Benar, Fizo telah selamat diijab kabulkan dengan gadis pilihannya sekitar pukul 10 pagi semalam dan hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

“Dalam majlis tersebut, Fizo telah menyerahkan sebentuk cincin kepada Fazeera,” ujarnya kepada Kosmo! Online.

Bagaimanapun Mimi enggan memperincikan perkara lain seperti hantaran dan juga mas kahwin yang diberikan Fizo kepada isterinya yang difahamkan sebagai bekas pramugari itu.

Ketika ditanya lebih lanjut mengenai majlis resepsi yang mungkin akan diadakan kemudian, Mimi berkata Fizo atau nama lengkapnya Wan Hafizol Wan Omar, 36, akan membuat satu pengumuman kepada media dalam masa terdekat.

Berhubung penularan sebuah akaun Instagram yang menggunakan nama @fazeeranazriaz yang didakwa milik pasangan itu, Mimi memberitahu akaun tersebut adalah palsu dan telah dibuat oleh individu yang tidak diketahui identitinya.

“Akaun Instagram yang tular sejak pagi tadi itu bukan dibuat oleg Fizo atau Fazeera. Itu adalah akaun palsu,” jelasnya.

Menerusi hantaran terkini dalam Instagram tersebut, pemilik akaun itu turut berkongsi gambar Fizo dan isterinya yang juga merupakan bekas pramugari di salah sebuah syarikat penerbangan antarabangsa sedang bersanding di atas pelamin.

Terdahulu,menerusi satu hantaran dalam Instagram miliknya ketika menyambung ulang tahun kelahirannya yang ke-36, pelakon drama Pengantin Satu Malam itu pernah memaklumkan akan menamatkan zaman dudanya pada tahun ini.

Fizo sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mawar Karim pada November 2013 dan dikurniakan anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia empat tahun. Mereka bagaimanapun bercerai pada Julai 2019. – K ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI