PETALING JAYA – Beberapa kawasan di beberapa buah negeri diramalkan mengalami ribut petir dan hujan lebat malam ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, ribut petir dan hujan lebat diramal melanda seluruh Perlis dan Kedah, manakala bagi Pulau Pinang di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.
Ribut petir dan hujan lebat turut diramal di beberapa kawasan di Perak iaitu Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak dan Batang Padang.
Bagi Kelantan pula ribut petir dan hujan lebat diramalkan berlaku di Kuala Krai dan Gua Musang, manakala Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Bera, Pekan dan Rompin.
Ribut petir dan hujan lebat juga diramalkan berlaku di Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Langat di Selangor serta Seremban, Jelebu dan Kuala Pilah di Negeri Sembilan.
Begitu juga di Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor serta Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang di Sarawak.
Bagi Sabah ribut petir dan hujan lebat diramalkan di Pedalaman (Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran) serta Sandakan (Telupid dan Kinabatangan). – K! ONLINE