fbpx

Perempuan tak pernah salah !

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar satu video tular menyaksikan seorang wanita melanggar tembok di hadapan rumahnya dengan sebuah kereta mewah.

PETALING JAYA – Benar bagai dikata, orang perempuan tidak pernah salah walaupun telah terbukti mereka yang melakukan sesuatu kesalahan itu.

Satu klip video berdurasi 50 saat tular di media sosial memaparkan seorang suami langsung tidak memarahi isterinya walaupun wanita itu telah melanggar tembok di hadapan rumah mereka.

Lelaki tersebut dengan nada bergurau memarahi tembok tersebut dan mempersoalkan mengapa tembok itu berada di hadapan rumahnya.

Difahamkan, wanita berkenaan telah melanggar tembok di hadapan rumahnya dengan kereta jenis Mercedes A class.

Wanita tersebut juga tidak mengakui kesahannya dan berkali-kali mengatakan tembok tersebut salah kerana dibina di situ.

“Sayang tak salah pun, kenapa la tembok tu ada dekat situ, nasib sayang tak calar kalau calar siap tembok ni,” gurau si suami.

Rata-rata orang ramai terhibur dengan klip video tersebut dan ramai menyatakan sememangnya perempuan tidak pernah salah.

“Mana ada perempuan salah, apa yang dia buat semua betul. Tengok video ni pun dah terbukti. Lawak betul suami dia. Pandai pula bergurau,” jelas Hilmi Kandasami.

“Sanggup pukul tembok suami dia, memang dia malas nak marah-marah bini dia, bagus suami macam ni. Ada juga yang jenis sayangkan kereta lebih pada bini sendiri,” jelas Small_Herosix. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI