fbpx

Penunggang basikal maut dilanggar kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kawasan kemalangan tersebut di Cyberjaya hari ini. - Foto MEDIA SOSIAL

CYBERJAYA – Seorang penunggang basikal maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta jenis Perodua Bezza dalam kejadian pukul 8.15 pagi di Kilometer (KM)38.3 Jalan Cyberjaya (Dengkil)/Puchong menghala ke Cyberjaya di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan awal mendapati, kereta tersebut dipandu seorang wanita berusia 28 tahun dari susur keluar Putrajaya/Bangi.

Menurutnya, ia kemudian melanggar belakang basikal ditunggang seorang lelaki berusia 57 tahun yang datang dari arah Puchong.

“Semasa kejadian, mangsa yang juga kakitangan Astro Awani sedang berbasikal di lorong nombor tiga. Akibat kemalangan itu, mangsa tercampak di atas jalan raya dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Berikutan itu, mayat telah dibawa ke Hospital Serdang bagi tujuan bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, pemandu wanita itu tidak mengalami sebarang kecederaan manakala, kenderaan yang terlibat dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang untuk sisatan lanjut.

“Kereta tersebut mengalami kerosakan seperti pecah bumper dan lampu hadapan sebelah kanan, bonet hadapan kemek, cermin hadapan retak dan lain-lain kerosakan belum dipastikan. Basikal tersebut mengalami pelbagai kerosakan di bahagian belakang,” ujarnya.

Susulan itu, Wan Kamarul Azran berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI