fbpx

Pemandu kenderaan jabatan kerajaan direman rasuah kerja penyelenggaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM – Seorang pemandu kenderaan di bahagian penguatkuasaan sebuah jabatan kerajaan direman lima hari bagi membantu siasatan rasuah lebih RM11,000 bagi kerja-kerja penyelenggaran kenderaan di jabatan itu.

Perintah reman bermula hari ini terhadap suspek berusia 31 tahun itu dikeluarkan Majistret Nur Faizah Abdul Sani selepas membenarkan permohonan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut satu sumber, suspek terdahulu ditahan pukul 2.20 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan di Pejabat SPRM Selangor.

Katanya, suspek yang telah bekerja selama enam tahun bersama jabatan tersebut dikatakan meminta dan menerima suapan RM11,345 daripada sebuah syarikat pada awal tahun ini.

“Suapan itu sebagai balasan bagi kerja-kerja penyelenggaran kenderaan di jabatan tempat suspek bekerja dan bernilai RM55,680.

“Ini melibatkan sembilan kenderaan yang akan diselenggara sepanjang tahun ini,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI