fbpx

Naim Daniel tidak percaya wakili Malaysia di anugerah MTV EMA 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAIM tidak pernah menyangka dirinya akan tercalon dalam MTV EMA pada tahun ini.

PETALING JAYA – Penyanyi dan juga pelakon Naim Daniel tidak menyangka apabila dirinya tercalon dalam kategori Best Southeast Asia Act dalam anugerah MTV EMA 2021.

Pencalonan tersebut sekali gus menjadikan Naim mewakili Malaysia dalam acara hiburan berprestij antarabangsa itu.

Ujar Naim atau nama lengkapnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 24, ketika dihubungi Kosmo! Online memberitahu, dia berasa sangat bersyukur dan berbangga dengan pencalonan tersebut selain menganggap perkara itu adalah pencapaian terbesarnya dalam karier seni hiburan.

“Alhamdulillah. Saya sebenarnya tak sangka dan tak percaya tercalon dalam MTV EMA 2021 ini. Saya anggap pencalonan ini merupakan antara pencapaian besar buat saya sebagai penghibur,” ujarnya.

Disoal tentang harapannya untuk memenangi anugerah sebagai ‘penghibur terbaik Asia Tenggara’ itu, pelantun lagu Sumpah itu tidak meletakkan sebarang sasaran tinggi, namun mengakui teringin jika rezeki memihak kepadanya.

“Pemenang dipilih secara undian. Saya pun masih belum menguar-uarkan secara meluas kepada kelab-kelab peminat saya untuk jalankan Gerakan mengundi sebab sibuk dengan kerja.

“Tapi Insha-Allah, kalau ada rezeki, adalah,” ujarnya.

Melihat pada calon-calon yang turut bertanding dalam kategori yang sama, Naim berkata dia telah pun ‘mengintai’ bakat penyanyi-penyanyi dari negara Asia Tenggara ini dan mengakui mereka semua sangat hebat.

Selain Naim, kategori sama turut menyenaraikan nama beberapa bintang iaitu SB19 dari Filipina, Ink Waruntorn (Thailand), JJ Lin (Singapura), K-ICM (Vietnam) dan Lyodra (Indonesia).

Selain itu, acara itu turut menampilkan pencalonan lain melibatkan bintang-bintang bertaraf dunia seperti Ed Sheeran, Justin Bieber dan Lady Gaga. MTV EMA 2021 bakal diadakan pada 14 November 2021 di Hungary. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI