fbpx

Mercedes hangus, pemandu sempat lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah kereta mewah jenis Mercedes-Benz E300 yang musnah dalam kebakaran di kilometer 226, Lebuh Raya Utara Selatan, di sini, malam tadi. - IHSAN BOMBA

REMBAU – Sebuah kereta mewah jenis Mercedes-Benz E300 musnah dalam kebakaran di Kilometer 226, Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan), berhampiran susur keluar Pedas Linggi, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.53 malam itu, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau bergegas ke lokasi kejadian dan tiba pada pukul 11.15 malam.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Arif Ahmad Osasi, sebaik tiba api sedang marak dan pihaknya mengambil masa lima minit bagi mengawal kebakaran.

“Mangsa iaitu lelaki berusia 52 tahun beralamat di Rahang, Seremban sempat memberhentikan kenderaan dan keluar dari kereta. Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Bagaimanapun, kereta ini terbakar 100 peratus. Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI