fbpx

LKIM harap peruntukan sekuriti makanan ditambah baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Abu Hussin Hafiz - FOTO: FAISOL MUSTAFA

PUCHONG – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mengharapkan bajet tambahan diberikan khususnya kepada nelayan serta peruntukan bagi menambah baik perancangan bekalan ikan menjelang pembentangan Belanjawan 2022 nanti.

Pengerusinya, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, peruntukan untuk menambah baik bekalan itu adalah penting bagi merancang usaha memastikan bekalan ikan di negara ini sentiasa mencukupi.

“Secara umumnya, LKIM di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah berjaya melalui suasana Covid-19 di mana semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, kita tidak pernah mengalami bekalan ikan tidak mencukupi.

“Bagi meneruskan usaha itu juga, maka kami di LKIM akan mula membuat stok penimbal secara lebih agresif,” katanya ketika sidang akhbar majlis pra pelancaran sambutan Jubli Emas 50 Tahun LKIM di Wisma LKIM di sini hari ini.

Syed Abu Hussin berkata, sejajar dengan usaha itu, LKIM kini sedang merancang untuk membina beberapa bilik sejuk baharu yang lebih besar di beberapa negeri bagi menyimpan stok ikan.

“Di Kuala Besut, Terengganu LKIM sudah meluluskan sebanyak 500 tan metrik bilik sejuk, selain di Kuantan, Pahang kita sedang merancang sebanyak 400 tan metrik.

“Sementara itu, LKIM juga merancang untuk mewujudkan bilik sejuk di Perak, Kedah, Sabah dan Sarawak di mana secara keseluruhannya LKIM bakal mempunyai 2,000 tan metrik bilik sejuk baharu,” ujarnya.

Dalam pada itu katanya, LKIM juga sedang merancang untuk mewujudkan platform khusus bagi orang ramai mendapatkan bekalan ikan segar secara dalam talian.

“LKIM sedang merancang untuk memulakan platfrom MySeafood supaya sesiapa sahaja yang memerlukan ikan segar dan produk-produk ikan boleh melawat platfrom berkenaan.

“Platform tersebut masih lagi dalam kajian dan sekiranya sesuai untuk dilaksanakan, platfrom itu akan dilancarkan pada tahun hadapan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI