fbpx

Lakonan ubah cara Son Na-eun berfikir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SON NE-EUN

ANGGOTA kumpulan Apink, Son Na-eun mengakui bahawa bidang lakonan banyak mengubah cara dia berfikir hingga ke saat ini.

Menerusi wawancara bersama Marie Claire baru-baru ini, Na-eun memberitahu bahawa berlakon merupakan satu bidang yang sangat menggembirakannya. Secara tidak langsung memberikannya makna kebahagiaan sebenar.

Menjelaskan bagaimana lakonan telah mengubah perspektif dalam kehidupannya terutama cara berfikir, Na-eun, 27, berkata, pada awalnya dia bimbang dan takut untuk terjun dalam dunia lakonan setelah sekian lama bergelar penyanyi.

“Pada awalnya saya bimbang dengan lakonan tetapi lepas merasai sendiri pengalaman berlakon, saya mula melihat sesuatu dari sisi berbeza.

“Lakonan sangat jauh berbeza dengan nyanyian. Langsung tidak sama. Penghayatan lakonan dan nyanyian juga tidak sama. Siapa yang pernah melaluinya sahaja akan tahu apa yang saya maksudkan,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya bagaimana dia mempersiapkan diri untuk naskhah terbaharunya, Ghost Doctor tidak lama lagi, Na-eun memberitahu dia terpaksa belajar banyak istilah dunia perubatan.

Demi menggali ilmu, dia mempelajarinya menerusi program dokumentari dan bacaan.

Untuk rekod, Na-eun memulakan debut bersama kumpulan Apink pada 2011 sebelum perlahan-lahan menjinakkan diri dalam dunia lakonan setahun selepas itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI