PUTRAJAYA – Kes harian masih melepasi 6,000 dengan 6,630 kes dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 mencecah 2,420,222 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow https://covidnow.moh.gov.my.
“Data setiap hari bagi laman CovidNow adalah dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” katanya pada hantaran Facebook di sini hari ini. -K!ONLINE